Dua bintang warisan Harimau Malaya, Dion Cools dan Facundo Garces, akan terlepas perlawanan persahabatan tier 1 kedua bertemu Palestin di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Isnin ini.
Sejurus meraih kemenangan 2-1 menentang Singapura di Bukit jalil semalam, kedua-dua pertahanan kental itu terus berlepas terbang kembali ke kelab masing-masing bagi persiapan menghadapi liga.
Namun, ia tidak menggusarkan perancangan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski, malah tetap optimis dengan beberapa pemain yang dipanggilnya sebelum ini.
Jelas, ia sekali gus memberi peluang kepada pemain lain, selain mewujudkan keseimbangan pasukan dengan beberapa pilihan yang disenaraikan.
Keperluan memanggil pemain daripada senarai bersedia menjadi persoalan, tetapi pengendali berasal dari Australia itu mempunyai pelan tersendiri.
"Saya menjangkakan hal ini dah sudah mengambil maklum.
"Siapa pun yang bermain, kami tetap bersama-sama dengan corak permainan kami.
"Kami akan menentang pasukan kuat dan ia akan menjadi satu gaya permainan yang berbeza, yang mana sekali lagi akan memberi cabaran baik untuk kami," katanya di Nadi Arena.

Selesai tugasan menentang Singapura, Facundo Garces bergegas ke airport untuk
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 4, 2025
pulang ke Sepanyol sebagai persediaan bertemu Bilbao. Turut terlepas aksi menentang Palestin, Dion Cools yang kembali ke Cerezo Osaka. ?????@ASTROARENA pic.twitter.com/vMlug9otgG