Penyerang sensasi berpengalaman Thailand, Teerasil Dangda, terpesona dengan pendekatan revolusi Harimau Malaya dalam menjamin kemampuan mereka untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.
Teerasil menegaskan pendekatan itu sudah bersifat global dan jika Thailand sendiri memiliki ramai pemain berdarah kacukan yang berkualiti di liga luar, mungkin skuad Gajah Perang juga perlu senada dengan pendekatan terkini seperti mana kem negara.
Persaingan bola sepak negara ASEAN dengan benua luar menampilkan perbezaan ketara terutama melibatkan fizikal pemain menuntut ASEAN untuk mencari solusi berhubung fakta itu.
"Ia adalah model baru bagaimana Malaysia membangunkan skuad kebangsaan, kami juga melihat beberapa negara juga (melakukan perkara sama) dan begitu juga di Thailand.
"Ia membantu dengan kehadiran pemain baru dan meningkatkan kualiti secara keseluruhan," katanya.
Teerasil mengikuti rapat perkembangan semasa pasukan Malaysia, lebih-lebih lagi ketua jurulatih negara, Peter Clamovski, merupakan bekas jurulatih Teerasil ketika bersama kelab Liga Jepun, Shimizu S Pulse pada empat tahun lalu.
Dengan pengalaman selama setahun bersama Clamovski, Teerasil yakin Malaysia mampu seiring dalam pembikinan untuk berwajah baru dalam masa terdekat.
"Saya mengikuti jurulatih (Peter Cklamovski), dia adalah jurulatih yang melatih saya ketika di Jepun dan bekas jurulatih. Saya percaya dengan pengalamannya akan membantu pemain Malaysia lebih kuat." tambahnya.