Skip to main content

Bola Sepak

Ini faktor aksi pramusim Selangor kurang 'sengat'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sel.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon, komited dengan keupayaan ketua jurulatih, Katsuhito Kinoshi, dalam memacu Selangor menghadapi kempen musim baru.

Johan turut berkongsikan pemilihan pemain yang terhad selain ketiadaan pemain utama dalam sesi pramusim baru-baru ini antara faktor akis The Red Giants kurang menyengat selain tidak menggambarkan prestasi keseluruhan pasukan.

Untuk rekod, dalam lima perlawanan pramusim Selangor di Thailand menyaksikan mereka mencipta dua kemenangan, satu seri dan dua kali tewas, selain keputusa seri tanpa jaringan ketika berdepan Asia Warriors.

"Setakat ini, bila kita bercakap mengenai keputusan teknikal atau penilaian dari sudut teknikal, jawatankuasa teknikal masih yakin dan percaya kepada keupayaan jurulatih.







"Jika kita lihat semasa pramusim, ramai pemain tidak bersama pasukan. Beberapa pemain import tidak dapat sertai, dan beberapa pemain muda pula terlibat dengan skuad bawah 23 tahun.

"Malah semasa aksi menentang Asia Warriors pun, dua pemain tengah utama Nooa Laine dan Noor Al Rawabdeh tidak dapat diturunkan akibat demam. Jadi keputusan perlawanan itu berdasarkan apa yang dirumuskan oleh jawatankuasa teknikal menyatakan bukan gambaran penuh kekuatan pasukan.

"Apatah lagi setakat ini juga, kesebelasan utama pun belum dimuktamadkan sepenuhnya.

"Tidak ramai jurulatih yang berani ambil risiko membawa pemain muda, terutama bagi pasukan yang akan beraksi dalam ACL 2. Tapi Kinoshi mahu beri ruang kepada semua pemain membuktikan kemampuan.

"Ketika menentang Asia Warriors juga, kita lihat minit permainan diberikan dengan cukup seimbang antara semua pemain.

"Kita percaya Kinoshi sedang membuat penilaian menyeluruh, dan insya-Allah beliau akan mempunyai rumusan terbaik untuk memulakan saingan kompetitif nanti." katanya kepada Sinar Harian.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video