Skip to main content

Bola Sepak

Ini bukan padang bola sepak

azrif-nasrulhaq,-lambert.jpg
Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Miroslav Kuljanac, tetap berpuas hati untuk mengutip satu mata di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh selepas terikat 1-1 dengan Sri Pahang, malam tadi. 

Perlawanan Liga Super itu terpaksa ditangguhkan ekoran hujan lebat sebelum pengadil meneruskan sepak mula, setengah jam kemudian. 

Dia sebaliknya mengucapkan tahniah pemain kedua-dua pasukan kerana menyifatkan permukaan padang itu bukan untuk bola sepak. 

"Namun, kami perlu beraksi. Seperti yang anda lihat, tidak banyak kualiti (dalam permainan dan) kebanyakan hantaran jauh. 

"Dalam babak pertama, mereka (Sri Pahang) mempunyai beberapa peluang tapi kami yang jaringkan gol. 

"Dalam separuh masa kedua, kami teruskan permainan yang bukannya bola sepak -- hanya hantaran jauh. 




"Pada akhirnya kami dapat dua peluang. Tapi saya gembira dan yang penting tiada kecederaan. Kesihatan lebih utama bagi saya kerana ini bukan keadaan untuk sebuah permainan bola sepak," katanya selepas perlawanan. 

Rakan sejawatannya di kem Tok Gajah, Fandi Ahmad, turut senada sambil mengharapkan permukaan yang lebih baik menjelang pertemuan getir separuh akhir kedua Piala Malaysia 2025 dengan Sabah di gelanggang alternatif tersebut, Ahad ini. 

Ia selepas anak buahnya menghasilkan 10 percubaan tersasar dan enam percubaan tepat sementara hanya dua percubaan tepat daripada skuad Warga Kota sepanjang 90 minit permainan. 

Situasi hujan juga membataskan barisannya menghasilkan sesuatu daripada enam sepakan penjuru. 

"Pendapat saya hari ini (kami) tidak seharusnya bermain pasal ada banyak tompok-tompok air, jadi susah nak bermain. 

"Mereka pun tahu, mereka cakap inilah bola sepak. Mereka terpaksa bermain macam ragbi, tendang-lari. 

"Mudah-mudahan tanggal 2 (Februari) cuaca akan lebih baik dan kami dapat persembahkan permainan yang lebih baik. 

"Yang penting kami inginkan kemenangan," katanya. 








 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video