Skip to main content

Bola Sepak

Ini bukan FAM yang saya kenali -- Bekas wartawan

eric.jpg
Bekas wartawan bola sepak berpengalaman, Eric Samuel, menganggap reputasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tercalar dengan hukuman berat yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Eric mengharapkan FAM lebih bertoleransi dalam menangani isu ini, dengan memberikan penjelasan yang terperinci seperti mana yang telah diguna pakai oleh pengurusan FAM terdahulu.

Terdahulu, FIFA mengenakan denda kepada FAM dan penggantungan 12 bulan kepada tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

"Ini adalah pengajaran berguna buat FAM. Mereka sepatutnya lebih berterus terang pada masa akan datang. 

"Zaman saya semuanya tidak menyembunyikan apa-apa. Mereka sering melakukan sidang media dan pihak wartawan boleh bertanya apa sahaja.

"Baru-baru ini agak sedih dengan berita yang diterima tentang pemalsuan dokumen.

"Sekarang, ini bukan FAM yang saya kenali. 

 

"Mereka semua adalah rakan-rakan saya. 

"Ada seseorang yang melakukan sesuatu dan membiarkan FAM menanggung sepenuhnya tanpa ada bukti," katanya di Nadi Arena.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sudah memberikan penjelasan terperinci mengenai proses kewarganegaraan di Parlimen, semalam ketika FAM memilih untuk terus membisu.

Bagi Eric, pendekatan itu semakin memburukkan lagi keadaan.

"FIFA sudah menjatuhkan hukuman. 

"Kita sudah membuat kesilapan. Mengaku sahajalah. 

"Jika mahu melawan dan kalah lagi, ia akan bertambah buruk," tambahnya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
 
Nike

Nike BIG Discount

Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 29% eksklusif!


Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found