Penggempur Liverpool, Danny Ings, telah menyertai pesaing dalam Liga Perdana Inggeris, Southampton, menerusi pinjaman dalam perjanjian yang turut menyertakan pilihan pembelian secara tetap.
Ings tampak gagal menjadi pilihan Liverpool yang dikendalikan oleh Jurgen Klopp tetapi dilihat bakal kekal di Anfield susulan kegagalan menyempurnakan perpindahan ke Crystal Palace.
Bagaimanapun, Southampton mengambi langkah untuk mendapatkan bekas peledak Burnley itu semalam sambil kertas kerja selesai tepat sebelum tamat jendela perpindahan dan Ings menyertai The Saints selama satu musim sebelum melengkapkan perpindahan tetap musim depan.
Pemain skuad kebangsaan England itu menjadi pemain keempat yang menyertai Southampton pada musim panas ini dan pengurus pasukan, Mark Hughes, teruja dengan kehadiran pemain berusia 26 tahun itu.
"Terdapat beberapa persaingan untuk mendapatkan Ings, banyak kelab cuba untuk melengkapkan perpindahannya, jadi kami gembira dia akhirnya memilih kami," kata Hughes.
"Dia gagal mendapat peluang beraksi seperti yang dimahukan ketika di Liverpool tetapi sudah lama bebas daripada kecederaan dan kini berpeluang untuk membuktikan sesuatu.
"Ia menjadi suntikan besar buat kami untuk membawa masuk pemain berkualiti ke dalam pasukan dan kami gembira dengan apa yang dibawanya ke dalam pasukan."
Ings menyertai Liverpool pada 2015 tetapi episod kecederaan lutut menyebabkan dia sering terlepas peluang beraksi dan hanya menjaringkan empat gol dalam saingan liga sepanjang tiga tahun di Merseyside.
"Agak janggal apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Ings. Perasaan paling besar adalah kami akan merinduinya," ujar Klopp.
"Dia seorang pemain yang menakjubkan. Sebenarnya, jika dia mampu menggabungkan perwatakan dan semangat, dia mampu meledak lebih hebat. Ings sangat positif dan bertenaga tetapi kami bukan sekadar akan rindukan perwatakannya kerana dia seorang pemain bola sepak yang serba lengkap.
"Apa yang jelas, nasib sering tidak menyebelahinya. Sebelum datang ke sini, saya cuba menonton seberapa banyak video yang boleh dan Ings merupakan antara pemain yang saya tidak sabar untuk kendalikan.
"Semua orang tahu tentangnya dan nasib malang yang menimpa Ings. Sebab itu perasaan lain adalah lega melihat langkah yang diambil Ings dan kini masa depannya lebih cerah."