Skip to main content

Bola Sepak

Info Siaran Langsung: Pesta Penyokong Gegak Gempita Pemain ke-12 di Stadium MBPJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hd_pesta-penyokong-liga-super-(1).jpg
Pesta Penyokong menjelang pertemuan Selangor dan PDRM bakal dibawakan secara langsung di Astro Arena 801 pada jam 6.30 petang ini.

Selangor mengesahkan gelaran naib juara Liga Super di Darul Aman selepas menewaskan Kedah dengan keputusan 1-0 pada awal bulan Disember.
 
Bagi skuad kendalian Datuk Yunus Alif pula, tiga mata bakal cerahkan peluang juara sulung Piala MFL itu untuk menamatkan saingan musim ini dengan muncul pasukan enam terbaik di samping mengharapkan Terengganu tidak kutip mata penuh dalam aksi menentang Perak yang dijadualkan sepak mula jam 9.00 malam ini.
 
Selain saluran 801, anda juga boleh saksikan Pesta Penyokong Gegak Gempita Pemain ke-12 di Stadium MBPJ di platform rasmi Youtube Astro Arena, aplikasi Astro GO dan SOOKA.

Advertisement

Must Watch Video