Skip to main content

Bola Sepak

Info siaran langsung: Debaran menjelang final Piala Malaysia

ddr_khas-debaran-final-piala-malaysia.jpg
Bahang menjelang final Piala Malaysia kian dirasai dengan dua pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu akan bertembung merebut gelaran penutup musim berkenaan.

Bersempena kehangatan perlawanan final berkenaan, ikuti Nadi Arena Khas Debaran Final Piala Malaysia yang akan ke udara secara langsung di Astro Arena saluran 801 pada Jumaat ini (esok), jam 9.00 pagi.

Program bual bicara ini akan membincangkan mengenai kekuatan kedua-dua pasukan dan pemain yang akan diturunkan bersama barisan pakar, penyokong dan bekas pemain yang dijemput khas ke studio.
 

Advertisement

Must Watch Video