Skip to main content

Bola Sepak

India di ambang krisis, bakal diharamkan oleh FIFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aiff.jpg
Difahamkan, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah menghantar surat rasmi berkenaan isu perlembagaan yang perlu diselesaikan segera oleh Persekutuan Bolasepak India (AIFF).

Akbar tempatan melaporkan bola sepak India berpotensi dikenakan hukuman penggantungan oleh badan induk dunia itu.

India berdepan ancaman ekoran kebimbangan terhadap kegagalan memuktamadkan perlembagaan dan kedua-dua FIFA serta AFC menuntut penjelasan selewat-lewatnya 30 Oktober depan.

Perlembagaan AIFF telah menunggu keputusan di Mahkamah Agung India sejak 2017.

 

Sekiranya gagal mengemukakan sebarang keputusan, India akan diharamkan bermain daripada semua pertandingan antarabangsa.

FIFA sebelum ini menggantung India pada Ogos 2022 kerana pengaruh pihak ketiga selepas Mahkamah Agung melantik jawatankuasa pentadbir untuk menerajui AIFF.
 
Football Shoes

Ready Untuk Aksi Padang?

Tak kira apa yang jadi di luar padang, semangat bola sepak tetap terus hidup. Lengkapkan diri dengan Adidas Football Shoes untuk kawalan & prestasi terbaik.


Shop Now

Advertisement

Must Watch Video