Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Ighalo tolak sertai Barcelona kerana mahu tawaran lebih baik

odionighalo.jpg
Odion Ighalo mendakwa dia menolak peluang untuk menyertai Barcelona menerusi pinjaman Januari lalu kerana layak mendapat tawaran lebih baik.

Bekas penyerang Watford itu menjaringkan 21 gol buat Chanchun Yatai, yang telah tersingkir daripada Liga Super China (CSL) musim lalu, dan kekal mencuri tumpuan gergasi Sepanyol itu.

Bagaimanapun, pemain kebangsaan Nigeria itu beranggapan pinjaman jangka pendek seperti itu tidak cukup menjamin buat dia kembali ke Sepanyol selepas pernah melalui dua musim pinjaman dengan Granada sebelum ini.

"Ejen saya memberitahu bahawa terdapat keinginan daripada Barcelona untuk memiliki saya secara pinjaman.

"Pasukan itu mencari penyerang yang mempunyai pengalaman beraksi dalam LaLiga dan memahami cara permainan bola sepak di Sepanyol," kata Oghalo yang lebih memilih untuk beraksi dengan Shanghai Shenhua dalam CSL kepada BBC Sport.

"Namun, dengan secara hormatnya, saya baru sahaja menamatkan musim sebagai penjaring kedua terbanyak di China dengan 21 gol, jadi saya layak untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik daripada itu kerana saya tidak mahu beraksi dalam waktu yang singkat dengan mana-mana pasukan.

"Kami menolaknya, ia keputusan yang mudah dan saya memilih untuk kekal di China bagi menyertai Shanghai Shenhua dengan kontrak yang lebih panjang.

"Anda perlu melakukan pemilihan dengan sebaik-baiknya dalam hidup anda dan perlu bertanyakan kepada diri sendiri sama ada keputusan itu akan memuaskan diri anda atau pihak lain.

"Saya menghormati keputusan saya. 

"Saya perlu memberikan tumpuan terhadap apa yang terbaik buat kerjaya saya dan apabila anda melakukan sesuatu keputusan, anda perlu berlaku jujur kepada diri sendiri. 

"Tawaran itu bukan untuk saya dan saya gembira untuk berada di sini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video