Skip to main content

Bola Sepak

Iceland hantar pulang pakar fisioterapi susulan kemalangan berbasikal

iceland.jpg
Impian besar Iceland dalam Piala Dunia Russia berdepan laluan lebih berliku berikutan ahli fisioterapi mereka dihantar pulang akibat kecederaan.

Peluang Iceland untuk layak ke pusingan kalah mati terjejas ekoran kekalan 0-2 kepada Nigeria malam tadi sementara masalah betis yang melanda pemain sayap Burnley, Johann Berg Gudmundsson, merupakan satu lagi tamparan buat mereka. 

Bagaimanapun, mereka perlu turun tanpa pakar fisioterapi, Petur Orn Gunnarsson, selepas dia mengalami kecederaan tangan akibat kemalangan berbasikal.

"Harapan kami agar Peter dapat kembali bertugas bagi baki saingan Iceland," kata Persatuan Bola Sepak Iceland.

Terdahulu, jurulatih England, Gareth Southgate, menanggung kecederaan bahu semasa berlari di Repino.

Tidak seperti Gunnarsson, Southgate dapat bertahan bersama pasukannya dalam kempen Piala Dunia.

Iceland wajib menewaskan Croatia dalam aksi terakhir Kumpulan D untuk mencerahkan peluang meraih tempat kedua dalam kumpulan.

 

Advertisement

Must Watch Video