CAGLIARI 0 AC MILAN 2
Zlatan Ibrahimovic merancang untuk meraikan jaringannya "bagaikan dewa" apabila dia menjaringkan gol di San Siro selepas tersenarai selaku penjaring dalam penampilan pertamanya sebagai kesebelasan utama AC Milan musim ini.
Milan menamatkan kemarau tiga perlawanan tanpa jaringan apabila menewaskan Cagliari 2-0 di Arena Sardegna malam tadi dengan Ibrahimovic melakukan jaringan gemilang dalam babak kedua selepas percubaan Rafael Leao yang terbias membolehkan skuad kendalian Stefano Pioli itu memperoleh jaringan pertama.
Bagaimanapun, Ibrahimovic, yang dimasukkan selaku pemain gantian ketika terikat 0-0 dengan Sampdoria di San Siro minggu lalu, berhasrat untuk menyimpan keraian terhebatnya sehingga menjaringkan gol di laman sendiri pasukannya itu.
"Saya akan meraikannya bagaikan dewa di San Siro, bukan di sini," kata pemain berusia 38 tahun itu kepada Sky Sport Italia.
"Saya meraikannya bagaikan dewa setiap kali saya menjaringkan gol, dengan cara itu saya berasa amat hebat!
"Amat penting untuk penyerang mencuba dan berada di sana.
"Kemudian, adakalanya ia masuk dan adakalanya tidak.
"Saya melakukan beberapa kesilapan pada permulaan permainan tetapi saya memerlukan beberapa perlawanan untuk kembali ke tahap sebenar," katanya.
Berkenaan Pioli yang memasukannya dalam babak kedua sebelum ini, Ibarhimovic menambah: "Saya gembira, jurulatih hanya memikirkan mengenai usia saya dan melihat sama ada saya memerlukan rehat atau tidak.
"Tetapi ia tidak menjadi masalah. Minda saya masih tajam dan badan saya masih boleh menurutinya.
"Kami bermain dengan dua penyerang dan dua pemain sayap untuk mendorong seluruh pasukan ke depan dan ia berjalan lancar," tambahnya.
Editor: Muzaffar Musa