Skip to main content

Bola Sepak

Ia tidak masuk akal! -- Cristiano Ronaldo sedih pemergian Jota

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cr.jpg
Penyerang Al-Nassr merangkap bekas pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo, berkongsi penghormatan penuh emosi kepada bintang Liverpool, Diogo Jota, selepas rakan sepasukannya di Portugal maut dalam kemalangan kereta.

Jota dan abangnya Andre Silva terbunuh dalam kemalangan di Sepanyol, yang berlaku sejurus selepas tengah malam waktu tempatan pada Khamis.

Berita buruk itu berlaku sebulan selepas Jota membantu Ronaldo dan Portugal merangkul kejuaraan kedua Liga Negara-Negara Eropah (UNL) selepas kemenangan ke atas Sepanyol pada perlawanan akhir pada 8 Jun lalu.

 

"Ia tidak masuk akal. Tempoh hari kami bersama dalam satu pasukan kebangsaan, dan kamu baru sahaja melangsungkan perkahwinan," kata Ronaldo.

"Kepada keluarga, isteri, dan anak-anaknya, saya mengucapkan takziah dan mendoakan mereka semua terus kuat. 

"Rehat dengan tenang, Diogo dan Andre. Kami semua akan merindui awak."

Advertisement

Must Watch Video