Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Ia masa untuk telan kesalahan kami sendiri -- Marquinhos

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marquinhos.jpg
Marquinhos berkata pasukannya, Paris Saint-Germain (PSG), "perlu menelan kesalahan mereka sendiri" dan terus berusaha selepas disingkirkan Manchester United dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

PSG mensia-siakan kelebihan dua gol yang dibawa daripada perlawanan pertama dengan juara Ligue 1 itu tewas 1-3 secara dramatik kepada United di Paris hasil jaringan penalti Marcus Rashford pada minit ke-94.

Kekalahan di Parc Des Princes itu memberikan penderitaan bukan kepalang buat PSG dalam pemburuan mereka terhadap kejuaraan peringkat Eropah -- gergasi Perancis itu tersingkir dalam pusingan sama bagi tiga edisi berturut-turut.

Susulan kekalahan itu, bintang PSG, Marquinhos, memberitahu wartawan: "Perlawanan ini dimainkan dengan cara yang tidak boleh dimaafkan. Kami perlu mengkaji, berfikir dan menjadi lelaki. Ia merupakan waktu yang sukar.

"Kami perlu memberikan segala-galanya di atas padang.

"Kini ia sudah berakhir dan kami tidak patut katakan 'awak perlu buat itu, awak perlu buat ini'.

"Ia masih terdapat keperincian dan ia kes yang sentiasa berlaku dalam perlawanan bertaraf tinggi.

"Saya rasakan ia masa yang sesuai untuk tidak bercakap banyak.

"Jika di Brazil, kami akan katakan 'ia masa untuk telan kesalahan kami sendiri'.

"Ia waktu yang menyukarkan dan kami perlu terus berusaha keras," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video