Skip to main content

Bola Sepak

Ia aksi seluruh pasukan -- De Bruyne puji dominasi City ke atas Leicester

kevin-de-bruyne.jpg
Kevin de Bruyne berasakan Manchester City layak memperoleh lebih daripada kemenangan 2-0 menerusi aksi dominan mereka ketika menewaskan Leicester City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Jurang 18 mata yang tercipta di antara skuad kendalian Pep Guardiola itu dengan The Foxes di tangga ketiga menjadi bukti betapa mereka menguasai perlawanan di Stadium King Power itu, di mana De Bruyne turut dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Perancang Belgium itu menggegarkan palang menerusi sepakan percumanya dalam babak pertama tetapi pasukan pendahulu liga itu perlu menunggu sehingga minit ke-58 untuk memecahkan kebuntuan hasil jaringan pertahanan kiri, Benjamin Mendy.

Gabriel Jesus kemudian menjaringkan gol kelimanya dalam enam pertemuan menentang Leicester untuk memastikan tiga mata buat City, pemain kebangsaan Brazil itu memanfaatkan hantaran baik Raheem Sterling dan lorongan gemilang De Bruyne.
 
"Saya fikir ia amat baik. Dalam babak pertama, kami benar-benar mendominasi," kata De Bruyne kepada Sky Sport.

"Mereka memperoleh satu peluang tetapi (Jamie) Vardy berada di kedudukan ofsaid, namun secara asasnya, ia merupakan aksi berkumpulan.

"Dalam babak kedua, Leicester bermain sedikit lebih baik tetapi jika anda melihat kepada keseluruhan 90 minit, ia hanya 2-0 dan saya fikir kami layak mendapatkan lebih banyak gol.

"Selepas waktu rehat antarabangsa, ia benar-benar satu aksi yang baik daripada pasukan ini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video