Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Hummels tidak faham cara pemilihan pemain Jerman

matshummels.jpg
Mats Hummels tidak gembira dengan cara Joachim Low menyingkirkannya daripada skuad kebangsaan Jerman.

Selasa lalu, Low mengumumkan bahawa Hummels, Jerome Boateng dan Thomes Muller tidak lagi terlibat dalam pemilihan pemainnya.

Hummels telah melakukan 70 penampilan dengan skuad kebangsaan Jerman dan dia bersama-sama Muller dan Boateng pernah membantu pasukan negaranya itu menjuarai Piala Dunia pada 2014.

Pemain berusia 30 tahun itu sudah mula bersuara tentang ketidakpuasan hatinya mengenai cara Low dan Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) menangani situasi itu.

"Dengan jarak yang jauh, saya juga ingin mengulas mengenai keputusan jurulatih pasukan kebangsaan," tulis Hummels dalam laman Twitter.

"Tidak kira apa pun yang saya fikirkan tentang keputusan yang munasabah itu (yang sememangnya saya hormati), saya tidak dapat memahami cara ia disampaikan.

"Pada pendapat saya, saya sentiasa mempunyai hubungan baik dengan DFB dan kami sentiasa bersikap adil di antara satu sama lain.

"Thomas, Jerome dan saya sudah memberikan segala-galanya untuk pasukan kebangsaan selama bertahun-tahun sebelum ini dan cara isu ini ditangani tidak mendatangkan keadilan dengan apa yang kami sudah capai dan kecapi.

"Ia meninggalkan saya jauh daripada ketenangan kerana saya cintakan untuk beraksi dengan Jerman!

"Buat saya, saya boleh berkata: Ia merupakan tahun-tahun hebat, 70 penampilan dengan pencapaian yang jauh lebih hebat daripada apa yang saya pernah impikan sewaktu kecil. Saya dibenarkan untuk terlibat dalam empat kejuaraan utama.

"Kami dinobatkan sebagai juara dalam Piala Dunia 2014. Saya akan menyimpan perasaan itu sepanjang hayat saya dan saya bersedia untuk memberikan segala-galanya sekali lagi bagi mengulangi perasaan itu," katanya.

Muller, bagaimanapun, menggunakan media sosial untuk mengecam Low dengan berkata: "Semakin lama saya memikirkannya, semakin marah saya tentang bagaimana perkara ini terjadi.

"Saya benar-benar terkejut dengan keputusan drastik ini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video