Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Hukuman terhadap Messi melampau -- Pique

lionel-messi-cropped_1ocmruf7lzj71xeqyy8728gux.jpg
Pemain kebangsaan Sepanyol, Gerard Pique tampil memberikan sokongan kepada rakan sepasukannya di Barcelona, Lionel Messi selepas bintang Argentina itu menerima hukuman penggantungan empat aksi antarabangsa.

Pada pertemuan berdepan Chile, Messi telah menghina seorang pegawai perlawanan dan telah dikenakan hukuman penggantungan empat perlawanan bermula denga aksi berdepan Bolivia.

Ketiadaan tonggak utama, skuad kendalian Edgardo Bauza tewas 2-0 di La Paz, sekaligus terpaksa berdepan aksi playoff untuk layak ke Piala Dunia 2018 di Russia.

Bercakap kepada media selepas Sepanyol melakar kemenangan 2-0 dalam aksi persahabatan dengan Perancis di Paris, menyifatkan hukuman tersebut tidak sewajarnya dikenakan kepada Messi.

"Saya bukan individu yang layak untuk berbincang mengenai keputusan yang dilakuka  oleh FIFA, tetapi hukuman yang dikenakan Messi agak melampau," katanya.

Advertisement

Must Watch Video