Skip to main content

Bola Sepak

Hujan turun sebelum konsert Ed Sheeran bermula

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ed-sheeran_1.jpg
Suasana hujan mengiringi kemunculan Ed Sheeran yang menerima sorakan histeria daripada peminatnya di Stadium Nasional, Bukit Jalil sempena konsertnya pada malam ini.

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam satu kenyataannya berkata pakar yang dilantik, Labosport, akan bertanggungjawab memastikan kelancaran padang untuk kegunaan konsert penyanyi Inggeris itu yang gemar menerapkan pentas di bahagian tengah venue persembahan.

Dengan kerja membongkar peralatan akan dilakukan sebaik konsert berakhir, kepakaran Labosport turut ditagih untuk penyediaan venue bagi Rumah Harimau Malaya itu menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia bertemu Oman, sebulan lagi. 




Penyediaan rumput Stadium Nasional mengundang perhatian ramai untuk penganjuran perlawanan akhir Piala Malaysia yang melibatkan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu berikutan dua minggu sebelumnya digunakan untuk konsert Coldplay. 

 

Advertisement

Must Watch Video