Skip to main content

Bola Sepak

Hujan punca Malaysia, Oman tidak dapat uji padang SNBJ -- Menteri

snbj.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memaklumkan bahawa punca Harimau Malaya dan Oman tidak dapat menguji padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dalam sesi latihan terakhir hari ini adalah disebabkan komisar perlawanan tidak membenarkannya berikutan cuaca hujan di sebelah petang sejak kebelakangan ini.

Malaysia akan melayani kunjungan Oman bagi aksi keempat pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di SNBJ malam esok.

Dalam kenyataan sama, Hannah turut menegaskan bahawa padang SNBJ sudah mendapat kelulusan daripada komisar perlawanan untuk digunakan.

Sebelum ini, padang SNBJ dilaporkan terjejas berikutan penganjuran satu konsert berskala mega.

Dengan berkongsi gambar terkini padang itu, Hannah menyeru agar penyokong Harimau Malaya dapat memenuhkan SNBJ malam esok.
 

Advertisement

Must Watch Video