Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Hudson-Odoi perlu meningkat -- Sarri

callum-hudson-odoi.jpg
CHELSEA 3 DYNAMO KIEV 0

Callum Hudson-Odoi perlu meningkat sebelum boleh digelar pemain terbaik, kata pengurus Chelsea, Maurizio Sarri.


Pemain berusia 18 tahun itu jarang diberikan peluang oleh pengurus berbangsa Itali berkenaan, namun dia tetap memanfaatkan peluang yang jarang diberikan itu untuk menarik minat gergasi Jerman, Bayern Munich.

Dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Europa awal pagi tadi, Hudson-Odoi menjaringkan gol pada minit ke-90 untuk membantu The Blues menewaskan Dynamo Kiev 3-0 di Stamford Bridge.

Penyokong Chelsea menggesa untuk Hudson-Odoi diberikan lebih peluang dalam kesebelasan utama pasukan, namun Sarri percaya pemain itu perlu meningkatkan aksinya sebelum boleh memegang gelaran sebagai pemain utama Chelsea.

"Hudson-Odoi merupakan pemain muda yang penting, namun dia baru berusia 18 tahun dan perlu lebih meningkat.

"Dia telah meyakinkan saya bahawa dia adalah pemain yang hebat.

"Saya mempunyai pandangan saya sendiri dan dia masih belum boleh menjadi tonggak utama kami.

"Dia perlu berkembang kerana dia akan berada di puncak karier menjelang usia 22 atau 23 tahun seperti pemain lain.

"Jadi, saya berasakan dia perlu meningkat tanpa sebarang tekanan daripada media, tanpa tekanan daripada penyokong dan tanpa tekanan daripada kelab ini.

"Saya berasakan amat berbahaya untuk pemain berusia 18 tahun itu menerima tekanan seperti ini.

"Dia perlu meningkat secara taktikal, mental dan fizikal pada umur seperti itu," katanya.

Jaringan Hudson-Odoi itu tiba selepas Pedro dan Willian meletakkan Chelsea selesa dengan kelebihan dua gol.

Keputusan itu jelas menunjukkan penguasaan Chelsea dalam perlawanan itu.

Sarri mengakui pasukannya sepatutnya memperoleh lebih jaringan ekoran pelbagai peluang yang dimiliki dalam separuh masa pertama.

Apabila ditanya sama ada pasukannya patut memperoleh lebih jaringan, Sarri menjawab: "Sudah pasti, terutama dalam separuh masa pertama. 

"Kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol, namun keputusan ini sudah cukup baik.

"Kami tidak boleh dibolosi di laman sendiri.

"Ia amat penting dalam kejohanan ini.

"Kami perlu berhati-hati kerana kami akan menghadapi perlawanan kedua (minggu depan) dan turun ke sana dengan tumpuan dan yang tinggi kerana kami mahu layak ke pusingan seterusnya," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video