Skip to main content

Bola Sepak

Hoki Piala Negara-Negara: Marhan Jalil seru The Speedy Tigers segera pamer taring

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marhan.jpg
Tonggak senior negara senada dengan Fitri Saari bahawa sindrom leka di awal permainan skuad hoki negara dalam membuka kempen Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara 2025 berdepan Pakistan tidak harus terjadi dalam pertemuan menentang New Zealand, malam ini.

Ini sususlan anak buah Sarjit Singh seringkali dibolosi di awal permainan seperti di Siri Jelajah Australia dan terbaru adalah ketika mengikat Pakistan malam tadi.

Selain faktor mental dan kekurangan penggalaman beraksi di pentas kompetitif, The Speedy Tigers dikerah Sarjit Singh untuk tampil lebih garang khususnya dalam suku pertama perlawanan.

"Kita terlalu senang memberikan ruang kepada pihak lawan, sangat sukar untuk kita mengejar perlawanan kembali. Saya harap untuk bangkit dalam pertemuan seterusnya.

"Separuh masa kedua kita mengawal permainan, hormat (lawan) perlu ada tetapi perlu pamer kebolehan di atas padang. Saya harap esok (malam ini) tidak boleh beraksi seperti semalam." katanya.

"Minit pertama kami lepaskan dua gol, mungkin perlu bersedia pada awal permainan, dua aksi sebelum ini kami bolos dalam lima minit pertama. Esok punya perlawanan kita perlu fokus dan perbaiki, saya harap dapat tiga mata esok." tambah Fitri Saari.
 

Advertisement

Must Watch Video