Pengendali skuad B-19 negara, Bojan Hodak, mengakui perlu meletakkan harapan kepada tonggak beerpengalaman dalam pasukannya bagi menangani persiapan singkat menghadapi Kejohanan AFF B-19 di Surabaya, bulan depan.
Ketika ini, terdapat 19 pemain dalam kem latihan pusat skuad remaja negara dan Hodak akan hanya memiliki barisan penuh pada 28 Jun ini, tiga hari sebelum berlepas ke Surabaya.
Antara pemain tonggak yang masih belum melaporkan diri ekoran komitmen dengan pasukan masing-masing dalam Liga Super ialah pemain tengah Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan pemain sayap Kedah, Akhyar Rashid.
Kerana itu, Hodak berharap pengalaman mereka serta beberapa tonggak lain seperti Hadi Fayyadh Abdul Razak dan Ammar Akhmall Alias mampu membantu pemain lain dalam menyesuaikan diri ketika saingan AFF berlangsung.
"Rata-rata pemain-pemain bakal menyertai skuad B-23 selepas ini dan ia menjadi kejohanan untuk membuktikan kebolehan sebenar mereka," kata Hodak.
Tonggak tengah, Ammar, menjelaskan bahawa dia dan beberapa tonggak senior lain tahu bagaimana melakukan penyesuaian apabila beraksi dalam kejohanan antarabangsa.
Namun, kini mereka perlu membimbing pemain-pemain yang baru bersama skuad B-19 tahun negara untuk segera menyesuaikan diri.
"Kami dapat menyesuaikan diri dengan pendekatan jurulatih dan mahu mempamerkannya ketika beraksi nanti," kata Ammar.