'Saya menikmati kebebasan yang diberikan', itu pengakuan terbuka perancang utama Penang FC, Hilal El-Helwe, mengenai peranan yang diberikan sejak sekembalinya Zainal Abidin Hassan membimbing skuad Harimau Kumbang untuk baki saingan Liga Super musim ini.
Secara tidak langsung, ini menjadi petanda bahawa kem pasukan yang menamatkan saingan di tangga ketiga musim lalu kembali harmoni dan bersatu untuk menggembalikan maruah skuad yang berpangkalan di Pulau Mutiara itu.
Kehadiran tonggak utama Lubnan bersama Penang FC disulami cerita kejayaan masa lalu di pentas antarabangsa namun hakikatnya pemain yang mengisi kuota import Asia itu dibebani tanggungjawab untuk memacu jentera serangan pada ketika corak permainan pasukan lebih cenderung untuk bertahan.
Namun sejak Zainal Abidin menggambil alih tampuk kepimpinan tertinggi pasukan, Hilal antara pemain yang menyinar malah menjadi arkitek kepada kejayaan menewaskan Terengganu FC di saingan Liga Super serta Sri Pahang pada suku akhir Piala FA.
"Zainal merupakan seorang pengendali yang berpengalaman. Dia telah banyak memberikan taktikal dan strategi yang bersesuaian untuk pasukan. Dia memberikan kebebasan kepada saya, jadi saya sangat selesa," katanya.
Sementara itu, pemain dengan ketinggian 1.86 meter itu percaya jalinan fasa transisi bersama penyerang import baru, Lucas Silva semakin mantap selain optimis merobek pertahanan Melaka United malam ini.
"Kami telah berkembang dengan baik dalam setiap perlawanan dan mula menampilkan rentak yang mampu menghasilkan pulangan kepada pasukan. Saya juga semakin selesa dan bebas bergerak di seluruh padang serta dapat menghasilkan jaringan. Saya cukup gembira dengan situasi ini."