Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri, mengakui Gonzalo Higuain kini berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam Liga Perdana Inggeris.
Penyerang itu melakukan tujuh penampilan liga sejak menyertai Chelsea menerusi pinjaman daripada Juventus, Januari lalu, dan hanya menjaringkan tiga gol ke atas pasukan bawahan, Huddersfield Town dan Fulham.
Higuain, yang menjaringkan 36 gol daripada 35 penampilan Serie A buat Napoli yang dibimbing Sarri dalam musim 2015-16, dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-66 ketika Chelsea tewas 0-2 kepada Everton sebelum waktu rehat antarabangsa lalu.
Skuad kendalian Sarri itu akan berdepan Cardiff City, malam ini, dalam usaha mereka untuk mengejar pasukan di tangga keempat, Manchester United, dengan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu kini berkelebihan empat mata selepas menewaskan Watdford, awal pagi tadi.
Ia bermakna Chelsea tiada jalan lain selain kemenangan untuk mencerahkan peluang mereka dalam pemburuan kedudukan empat teratas musim ini.
Sarri menginginkan Higuain untuk kembali mendapatkan sentuhan terbaiknya bagi membantu Chelsea menghadapi lapan perlawanan liga terakhir dan dalam kempen Liga Europa di mana mereka akan berdepan Slavia Pargue dalam aksi suku akhir, bulan depan.
"Saya mahu menyaksikan aksi terbaiknya sepanjang dua bulan ini.
"Dalam keadaan seperti ini, hanya itulah yang paling penting. Kami memerlukan Gonzalo untuk beraksi baik.
"Saya tahu ia bukan perkara mudah untuk membiasakan diri dengan saingan ini.
"Taraf kejohanan ini berbeza dan gaya permainan juga berbeza.
"Bagi saya, ia amat sukar, terutama untuk seorang penyerang, menyesuaikan diri dengan Liga Perdana dalam tempoh satu atau dua bulan.
"Dia memberitahu saya bahwa ia amat sukar untuk dia berdepan dengan aksi fizikal daripada pertahanan di sini.
"Pengadil di sini juga amat berbeza dengan di Itali.
"Jadi, ia bola sepak yang berbeza buat Higuain.
"Ia amat-amat berbeza, jadi dia memerlukan masa.
"Namun, kami sudah tiada masa. Kami memerlukan dia untuk mencapai tahap terbaiknya dalam dua bulan ini," katanya.