Son Heung-min menggambarkan stadium baru Tottenham Hotspur sebagai "luar biasa" ketika pemain kebangsaaan Korea Selatan itu menjadi penjaring pertama di gelanggang itu dengan membantu kemenangan 2-0 pasukannya ke atas Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Mauricio Pochettino itu perlu bersabar untuk beraksi di Stadium Tottenham Hotspur, yang memakan belanja sekitar £1 bilion (RM5.37 bilion), gara-gara kelewatan proses pembinaan.
Bagaimanapun, mereka menamatkan kemarau kemenangan lima perlawanan berturut-turut di gelanggang baru itu, awal pagi tadi.
Selepas Spurs memaparkan aksi mengecewakan dalam babak pertama -- dengan Palace lebih banyak menguasai perlawanan -- Heung-min menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-55.
Pemain berusia 26 tahun itu meluru masuk dari sebelah kanan sebelum melakukan penyudah kaki kiri yang sempat terbias ke kaki Luka Milivojevic.
Christian Eriksen melebarkan kelebihan itu pada 10 minit terakhir perlawanan dan Heung-min berasakan ia sesuatu yang hebat unruk kembali beraksi di tapak stadium lama mereka, White Hart Lane, berbanding gelanggang sementara sejak dua musim lalu, Stadium Wembley.
"Ia amat menakjubkan," katanya kepada Sky Sports.
"Ia stadium yang luar biasa. Sorakan yang kedengaran amat kuat.
"Saya mahu berterima kasih kepada rakan sepasukan dan penyokong kami.
"White Hart Lane merupakan sejarah kami, namun di stadium baru ini, ia amat luar biasa.
"Beraksi di sini memberikan perasaan yang amat menakjubkan.
"Ia berbeza dengan sewaktu di Wembley. Wembley bukanlah rumah kami," katanya.
Kemenangan itu melonjakkan Spurs ke tangga ketiga liga bagi memintas Arsenal walaupun seteru London itu berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.