Peter Cklamovski dikatakan lulus fasa awal bersama Harimau Malaya?
Ironinya, lima perlawanan pertama skuad kebangsaan berakhir dengan sifar kekalahan, bermakna Malaysia dengan pendakatan pengendali dari Australia itu berjaya membawa perubahan besar dan meletakkan pasukan bola sepak utama negara di tempat yang sebenar.
Tahukah anda, Harimau Malaya hanya dibolosi dengan dua jaringan sahaja dalam lima aksi sejak jurulatih berusia 46 tahun itu dilantik?
Kemenangan ke atas Nepal 2-0 dan Vietnam 4-0 telah mengangkat semangat peminat tempatan demi merealisasikan impian ke Piala Asia Arab Saudi 2027 dengan berbaki empat perlawanan dan sekarang menduduki tempat pertama Kumpulan F.
Pertembungan dua musuh tradisi Asia Tenggara (ASEAN) berakhir dengan memihak kepada Malaysia selepas menundukkan Singapura dan Vietnam.
Namun, sudah pasti terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada keputusan itu dan salah satu puncanya ialah persekitaran profesional yang membantu Cklamovski mencipta ramuan rahsia membentuk pasukan handalan.
"Fokus untuk membuat keputusan demi kepentingan bola sepak Malaysia.
"Dan, bukannya agenda peribadi. Dan kualiti Harimau Malaya akan terus maju," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
Ingin tahu perkongsian lebih lanjut Cklamovski? Sila tonton Nadi Arena 7.30 petang ini.

“Siapa ada agenda peribadi, sila ketepi”
— karlnunis (@_karlnunis) September 10, 2025
-Peter Cklamovski-
Pendedahan penuh di Nadi Arena 730pm ???@ASTROARENA pic.twitter.com/wV3TsYXb0i