Jordan Henderson menyeru skuad Liverpool untuk mempamerkan mentaliti juara selepas melepaskan kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris kepada Manchester City.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu gagal menembusi gawang Everton sehingga terpaksa menerima keputusan seri tanpa jaringan dalam aksi setempat Merseyside kelmarin dan ia menjadi aksi keempat daripada enam perlawanan mereka yang berakhir dengan seri.
Situasi itu membolehkan juara bertahan, City, memiliki kelebihan satu mata di kedudukan teratas tatkala saingan masih berbaki sembilan perlawanan.
Beberapa peluang keemasan yang dilepaskan di depan gol menyebabkan sesetengah pihak melihat Liverpool mula tertekan dengan tekanan yang diberikan oleh anak buah Pep Guardiola itu.
Namun, kapten The Reds, Henderson, menegaskan rakan sepasukannya hanya boleh menjawab segala kritikan menerusi aksi hebat di atas padang.
"Tidak bagus untuk bercakap tentangnya tetapi kami harus membuktikannya di atas padang. Masih banyak baki perlawanan dan segalanya terserah kepada kami," kata Henderson.
"Perjalanan masih jauh, jadi kami harus terus berjuang.
"Bola sepak memerlukan mentaliti yang kuat. Jelas sekali bakat penting dan kami mempunyai lambakan pemain seperti itu, namun apa yang perlu kami tunjukkan dalam baki sembilan aksi serta dalam Liga Juara-Juara Eropah adalah mentaliti.
"Kami boleh mencapai apa yang dimahukan. Segalanya terpulang kepada kami untuk membuktikannya.
Henderson turut menambah: "Apa yang kami terlepas ketika berdepan Everton? Menjaringkan gol. Kami mencipta banyak peluang dan jika kami menyumbat satu atau dua gol, ia akan sempurna.
"Semua orang melihatnya sebagai persembahan yang bagus bagi aksi setempat tetapi apabila anda tidak menyumbat gol, orang ramai akan mula melihatnya daripada sudut berbeza."