Eden Hazard berasa senang hati untuk terus mempamerkan kemajuan "selangkah demi selangkah" selepas diturunkan selama 24 minit ketika Real Madrid menentang bekas majikannya, Chelsea, dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Hazard bermula dari bangku simpanan untuk Madrid dalam pertemuan separuh akhir pertama yang berakhir 1-1, awal pagi tadi.
Pemain sayap itu kembali ketika menentang Real Betis pada hujung minggu lalu selepas sebulan berehat.
Berikutan sering dibelenggu kecederaan, pertemuan dengan The Blues itu menyaksikannya hanya membuat penampilan ke-38 bersama gergasi LaLiga itu sejak direkrut pada 2019.
Ia satu persembahan yang mahu dilupakan apabila sekadar membuat 12 sentuhan selain gagal melepaskan sebarang percubaan atau rembatan.
Begitupun, Hazard tetap seronok dapat beraksi semula dengan menjelaskan: "Saya hanya mahu mengambil langkah demi langkah.
"Sudah tentu saya mahu beraksi, saya mahu berada di atas padang tetapi dalam perlawanan terakhir, saya diberi peluang selama 15 minit dan hari ini pula saya dapat bermain lebih lama.
"Kami akan berdepan beberapa perlawanan getir menjelang akhir musim ini jadi saya hanya mahu bersedia untuk itu.
"Kini saya berasa lebih baik, keadaannya dan badan menjadi lebih baik jadi saya gembira kerana saya dapat beraksi lagi."
Setakat ini, bintang Belgium itu hanya terlibat dengan sembilan gol di Madrid di sebalik hadir dengan reputasi 110 gol dan 81 bantuan jaringan selama tujuh tahun di Chelsea.
"Saya berasa seronok dapat menentang bekas rakan sepasukan," tambahnya.
"Saya masih mempunyai beberapa kenalan di sana.
"Tetapi sekarang saya bergelar pemain Real Madrid jadi saya hanya mahu menang. Tidak kisah sama ada Chelsea atau pasukan lain menjadi pencabar kami, saya hanya mahu menang.
"Tapi saya juga berasa senang dapat melihat beberapa muka yang dikenali."
Hazard berharap dapat memanfaatkan pengalamannya di Stamford Bridge untuk Madrid membawa kelebihan dalam perlawanan timbal balik minggu depan.
Juara bertahan LaLiga itu gagal mengalahkan Chelsea dalam empat perhitungan tetapi kali ini mereka memerlukan kemenangan untuk mara selepas menyerahkan gol di tempat lawan yang dihasilkan Christian Pulisic.
Karim Benzema kemudian mengimbangi kedudukan buat Los Blancos --- satu-satunya sepakan tepat ke pintu gol buat pasukannya -- sebelum Hazard dimasukkan.

5 - Thomas Tuchel has faced Real Madrid more often without losing in the UEFA Champions League than against any other opponent (W1 D4) – in the competition’s history, he is the only manager to face Los Blancos as many as five times without ever losing. Elite. #UCL pic.twitter.com/QQGvAdKci0
— OptaJoe (@OptaJoe) April 27, 2021