TERENGGANU FC 3 NEGERI SEMBILAN 2
Tiga jaringan ketua pasukan, Kipre Tchetche, menyelamatkan Terengganu FC (TFC) daripada dimalukan Negeri Sembilan selepas mencatat kemenangan 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.
Penjaga gawang Negeri Sembilan, Muhammad Ilham Amirullah, lebih 'sibuk' pada awal permainan apabila menafikan percubaan pemain sayap tuan rumah, J. Partiban, pada minit kelapan dan Mohammad Haidhir Suhaini, tiga minit kemudian.
Skuad tuan rumah bimbingan Irfan Bakti Abu Salim terus garang mengasak, malangnya hantaran menarik Mohd Kamal Azizi dari sebelah kanan gagal ditanduk kemas Tchetche pada minit ke-16.
Negeri Sembilan memperbaiki rentak dan hampir mengejutkan Terengganu pada minit ke-19, menyaksikan ledakan pemain tengah, Nicolas Velez, di dalam kotak penalti sekadar tinggi melepasi sasaran.
Sang Penyu bersorak gembira pada minit ke-31 apabila Tchetche menghukum kesilapan pertahanan lawan dan melepaskan sepakan leret untuk menjadikan kedudukan 1-0 buat Terengganu.
Dua minit sebelum rehat, Negeri Sembilan ceria selepas Angel Guirado membuat larian deras memasuki kotak penalti tuan rumah dan membuat lambungan sebelum mudah ditolak Velez.
Velez membuatkan tuan rumah tergamam dengan gol kedua peribadi dan pasukannya hasil tandukan berpunca daripada sepakan penjuru Flavio Junior pada masa kecederaan untuk membawa kedudukan 2-1 ke bilik persalinan.
Kemasukan Ashari Samsuddin dan Mohd Faiz Nasir selepas itu gagal menambah sengat TFC, sebaliknya Negeri Sembilan lebih yakin merencana gerakan dan berpeluang melebarkan jaringan melalui Muhamad Fakrul Aiman Sidid (m-46).
Kedudukan sekali lagi berubah pada minit ke-56 dengan Tchetche menjaringkan gol ke-12 musim ini menerusi sepakan penalti setelah pengadil mengesan bola terkena tangan Muhamad Fakrul.
Tchetche bergaya melengkapkan hatrik melalui sepakan gunting pada minit ke-66 hasil hantaran lintang Lee Andrew Tuck dari sebelah kanan, sekali gus melegakan Terengganu.
Asakan Negeri Sembilan di penghujung permainan digagalkan palang gol serta ketangkasan penjaga gol tuan rumah, Mohd Suffian Rahman, untuk akur dengan kekalahan ketiga berturut-turut.
Kredit foto: Terengganu FC (TFC)
KEPUTUSAN LAIN
Liga Super
KUALA LUMPUR 1 PKNP FC 1
Liga Perdana
FELDA UNITED 2 JOHOR DARUL TA'ZIM II (JDT II) 2
UITM FC 2 TERENGGANU FC II (TFC II) 3