LIGA SUPER MSIA
Hatrik Segovia benam Kelantan
SELANGOR 4 KELANTAN 0
Hatrik penyerang import, Rufino Segovia, memastikan kemenangan 4-0 Selangor ke atas Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.
Selepas mengharungi empat perlawanan tanpa sebarang kemenangan, skuad kendalian Nazliazmi Nasir itu cuba mengambil peluang ke atas Kelantan bagi kembali menemui rentak kemenangan.
Iklan
Pada separuh masa pertama, Selangor menghasilkan tiga gol dalam tempoh tujuh minit -- Segovia meledak dua gol sebelum Evan Dimas membenarkan Selangor memimpin perlawanan dengan selesa.
Berbeza pada babak kedua, Selangor memperlahankan rentak permainan dan memberikan ruang kepada Kelantan untuk merencanakan serangan.
Namun, pertahanan pelawat terus dihukum apabila serangan balas yang dilancarkan Gergasi Merah disempurnakan, sekali lagi menerusi sentuhan pemusnah Segovia untuk hatrik pertamanya bersama Gergasi Merah.
KEPUTUSAN LAIN:
LIGA SUPER:
KEDAH 0 MELAKA UNITED 2
LIGA PERDANA:
TERENGGANU II 1 PULAU PINANG 2
Must-Watch Video



