Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Harry Kane tunggu kempen EPL selesai tentukan hala tuju

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harry-kane.jpg
Harry Kane mendengar laungan penyokong Manchester United yang menyebut-nyebut namanya tetapi menegaskan perhatian tertumpu kepada baki kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Tottenham.

Penyerang England itu bertindak sebagai kapten berikutan ketiadaan penjaga gol, Hugo Lloris, yang tercedera ketika Tottenham bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk seri 2-2 dengan United, semalam.

Isnin lalu, pemain senior kelab London itu bersemuka  dengan Pengerusi Spurs, Daniel Levy, untuk membincangkan kempen goyah mereka sebaik diaibkan 1-6 di Newcastle United, hujung minggu lalu. 

Justeru, pengurus sementara, Cristian Stellini, dilucutkan jawatannya sementara Ryan Mason mengambil alih buat sementara waktu. 




Malah, penyokong United turut memekik memujuknya supaya berkelana mencari cabaran pada musim depan memandangkan kontrak penggempur itu hanya berbaki setahun lagi. 

Dia kemudian diminta mengulas seruan kumpulan penyokong itu yang berbunyi 'Harry Kane, kita jumpa anda pada Jun'.

“Saya ada terdengar apa yang mereka laungkan.

"Tetapi saya hanya fokus kepada pasukan ini dan cuba menamatkan dengan baik,” katanya. 

Advertisement

Must Watch Video