Harry Kane ikut serta dalam jelajah pra-musim Tottenham ke Asia-Pasifik sambil kapten kelab, Hugo Lloris, akan kekal di pangkalan kelab itu bagi menyempurnakan langkahnya ke destinasi baru.
Kane yang merupakan ketua pasukan England memasuki 12 bulan terakhir kontraknya di Spurs dan menarik minat Bayern Munich di dengan laporan juara Bundesliga itu telah membuat tawaran rasmi.
Bersama beberapa pemain antarabangsa lain, Kane kembali untuk menjalani persiapan menghadapi musim depan, pertengahan minggu ini sementara pengurus baru, Ange Postecoglou bersedia menjadikannya penjaring terbanyak kelab itu.
Spurs mengesahkan penjaga gol veteran, Lloris, telah diberikan kebenaran untuk tidak melakukan lawatan itu bagi meneroka peluang perpindahannya.
Bagaimanapun, pendirian Tottenham terhadap Kane tidak berubah sejak Manchester City cuba menandatangani penyerang itu pada 2021.
Seorang lagi pemain yang dijangka angkat kaki ialah pemain sayap Croatia, Ivan Perisic tatkala Postecoglou berusaha mengecilkan skuadnya menjelang kempen baru Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bakal bermula di Brentford pada 13 Ogos depan.
Tottenham berkunjung ke Perth, Australia, sambil turut disertai muka baru, James Maddison, yang dipancing daripada Leicester menjelang aksi pembukaan pemanas badan menentang West Ham pada 18 Julai.
Spurs turut akan menentang Leicester di Thailand pada 23 Julai sebelum perlawanan di Singapura bertemu kelab tempatan, Lion City Sailors, pada 26 Julai selepas lawan sebelumnya, AS Roma, yang kini diuruskan oleh Jose Mourinho menarik diri daripada berkunjung ke Asia.

The travelling squad for our pre-season Asia-Pacific Tour has been confirmed ?
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) July 14, 2023