Kapten skuad kebangsaan England, Harry Kane, mencipta sejarah Bundesliga apabila dia menjadi pemain pertama yang menjaringkan empat hatrik dalam musim debut bersama Bayern Munich menundukkan Mainz 8-1 malam semalam.
Kane menjaringkan gol selepas 13 minit perlawanan seterusnya pada masa kecederaan separuh masa pertama dan 20 minit sebelum wisel penamat dibunyikan untuk menjadikan jumlah jaringan terkumpulnya musim ini kepada 30 gol sekali gus bakal menyamai rekod Uwe Seeler dalam kempen debut beraksi di liga utama Jerman.
Pemain tengah Bayern, Leon Goretzka, menjaringkan dua gol termasuk jaringan daripada Thomas Muller, Jamal Musiala dan pemain gantian Serge Gnabary melengkap lapan jaringan kemenangan.
Namun, Mainz sebagai pasukan pelawat cuba untuk mengejar tetapi hanya berjaya menghasilkan satu jaringan menerusi Nadiem Amiri pada minit ke-31 perlawanan.
Kemenangan itu membolehkan Bayern kembali dengan jurang hanya tujuh mata di belakang pendahulu Bayer Leverkusen yang menerima kunjungan Wolfsburg awal pagi Ahad.
Fatin Ruzaiman
Sun Mar 10 2024