Laman sesawang FIFA menerusi kemas kini terkini terbaru hari ini mengumumkan Malaysia turun sebanyak enam anak tangga dalam kedudukan raking dunia selepas dua perlawanan menentang Oman dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Kedudukan terkini menempatkan Malaysia di tangga ke-138 dunia apabila mencatatkan mata pengurangan sebanyak 15 mata selepas kalah dalam dua aksi menentang Oman.
Sebelum ini, Malaysia berada di tangga ke-132 dunia dengan 1110.17 mata.
Kemas kini seterusnya ialah pada 20 Jun 2024.
Najmi Iman
Thu Apr 04 2024