Selain perkhabaran mengenai pemain kelahiran Argentina, Rodrigo Holgado, yang disahkan ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, skuad negara bakal menerima khidmat tiga lagi pemain warisan yang akan tiba tidak lama lagi.
Selain kemasukan Gabriel Palmero dan Hector Hevel, pasukan kebangsaan dalam usaha memperkuat barisan tonggak utama bagi menepati sasaran ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi,
Menurut perkembangan terbaru wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, yang meninjau keadaan terkini kem latihan Harimau Malaya di Pusat Latihan Johor Darul Ta'zim (JDT), Padang Seri Gelam semalam memberikan maklum balas positif.
"Saya difahamkan akan ada dua atau tiga lagi pemain Malaysia yang berpangkalan di luar negara akan melapor diri pada awal Jun depan.
"Bukan sahaja Holgado, malah dua atau tiga pemain yang memiliki warganegara Sepanyol," katanya di Nindia Bola.
Adakah kejutan tersebut akan menjadi kenyataan?
Tiada pengesahan rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setakat hari ini.
Ketika ini, juara Pestabola Merdeka itu sedang giat menumpukan sepenuh perhatian mempersiap pasukan menghadapi Cape Verde sebagai ujian dalam perlawanan persahabatan sebelum bertemu Vietnam pada 10 Jun depan.