Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya tanpa khidmat Facundo Garces, Dion Cools bertemu Palestin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cools-garces.jpg
Skuad Harimau Malaya bakal tanpa khidmat dua tonggak pertahanan menjelang aksi persahabatan bertemu Palestin Isnin hadapan.

Malaysia dalam momentum kemenangan apabila menewaskan Singapura 2-1 hasil gol yang dijaring Stuart Wilkin dan Joao Figueiredo.

Sudah pasti rentak itu mahu diteruskan oleh skuad bimbingan Cklamovski dalam aksi seterusnya menentang Palestin.

Bagaimanapun, Malaysia bakal bertemu Palestin tanpa khidmat Facundo Garces serta Dion Cools yang akan kembali ke pangkuan kelab masing-masing.

Menurut ciapan Zulhelmi Zainal Azam di laman X, Garces akan pulang ke Sepanyol bagi persiapan menghadapi aksi LaLiga begitu juga dengan Cools yang akan segera kembali ke pangkuan Cerezo Osaka.
 

Aksi Malaysia vs Palestin akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin, 4 September ini dengan sepak mula tepat jam 9 malam waktu tempatan.

 

Advertisement

Must Watch Video