Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya: Rodrigo Holgado luah rasa cinta terhadap negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rodrigo-holgado.jpg
Penggempur Harimau Malaya, Rodrigo Holgado, dalam satu hantaran media sosial malam tadi, meluahkan rasa cintanya terhadap negara selepas dua kali menyarung jersi kebangsaan.

Pemain kelahiran Argentina itu perlu melalui lima penerbangan yang memakan masa 30 jam setiap kali mewakili skuad kebangsaan dari kelabnya yang berpangkalan di Colombia, America de Cali.

Dia menandakan penampilan pertamanya dengan jaringan ketika Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Jun lalu.

Rodrigo sekali lagi dipanggil untuk menyertai dua aksi persahabatan antarabangsa tier 1 bulan ini dan meskipun diletakkan di bangku simpanan ketika skuad negara menewaskan Singapura di SNBJ pada 4 September lalu, dia bertindak sebagai penyerang utama dan mencetuskan jaringan kemenangan Malaysia ketika menewaskan Palestin 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri malam kelmarin.

Dalam hantaran berkenaan, dia meluahkan rasa cintanya terhadap Malaysia dengan berkata: "Saya amat gembira dapat mewakili negara yang indah ini, yang membuatkan saya rasa seperti berada di rumah sejak tiba di sini.

"Terima kasih kepada rakan sepasukan, staf kejurulatihan, skuad kebangsaan dan semua rasa cinta dan sokongan rakyat Malaysia.

"Ayuh dapatkan yang lebih banyak bersama-sama. Jumpa lagi Malaysia."
 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video