Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya: Richard Chin 'berbahaya' sebagai pemain gantian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chin_1.jpg
Jurulatih Raith Rovers, Barry Robson, berkongsikan pemain berdarah Malaysia-Seychelles, Richard Chin, dilihat berbahaya sekiranya masuk sebagai 'supersub.

Robson yang merupakan bekas pemain tengah Sheffield United dan Middlesbrough itu komited untuk mengilap bakat Richard daripada aspek ketahanan pemain berusia 22 tahun itu.

"Tingkah lakunya sebagai pemain (sangat baik), semua pemain sukakan dia. Semua penyokong sukakan dia, dia sangat bekerja keras. Dia melihat semua perkara yang dia perlu lakukan.

"Dia bekerja keras dan terus menunjukkan peningkatan. Dia cukup merbahaya apabila masuk sebagai pemain gantian. 






"Untuk baki 10 hingga 25 minit, beliau kelihatan berbahaya. Kita masih cuba membina ketahanan dia, ada beberapa perkara kita cuba tambah baik.

"Saya berharap dia dapat menjadi pemain yang bagus untuk kita. Kredit kepada dia kerana mendapat panggilan tugasan antarabangsa (bersama Harimau Malaya)." katanya seperti dilaporkan MakanBola.

Untuk rekod, ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, menyenaraikan Richard dalam 29 pemain yang dipanggil  menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bagi dua aksi persahabatan berdepan Singapura dan Palestin bulan ini.


 

 
Harimau Malaya

Tunjuk Semangat Harimau Malaya

Mafla rasmi Harimau Malaya membolehkan anda menyokong pasukan kebangsaan dengan bangga, di stadium atau di mana-mana.


Dapatkan Mafla Anda

Advertisement

Must Watch Video