Skuad Harimau Malaya ketika dilihat berbeza selepas melakar kejutan ke atas Vietnam dalam Kelayakan Piala Asia, ketua jurulatih negara, Peter Cklamovski, pula memberi pandangan berbeza.
Selepas tiga kali mengumpul pemain kebangsaan, pada hemat Cklamovski masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dan diubah keadaannya.
Aksi persahabatan melibatkan Singapura dan Palestin menjadi medan pengukur samada kekurangan dalam tiga aksi terdahulu berjaya diatasi atau sebaliknya.
Cklamovski mengesahkan pemain tengah, Hector Hevel terpaksa dikeluarkan daripada rencana skuad kebangsaan bagi kalendar FIFA kali ini, rentetan kecederaan kaki yang dialaminya.
Situasi itu bagaimanpun tidak mahu dianggap sebagai kesukaran buat skuad kebangsaan kerana seorang lagi pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Hong Wan, bakal mengisi kekosongan itu.
"Kami meletakkan sasaran untuk memastikan tidak dibolosi. Kami juga akan berusaha untuk menggunakan peluang untuk menguji kemampuan pemain dengan beberapa strategi,"
Menjelang sesi latihan hari pertama, Cklamovski turut mendedahkan Gabriel Palmero hanya akan tiba esok selain Rodrigo Holgado hanya akan tiba sehari sebelum aksi pertama bertemu Singapura.
"Hector mengalami kecederaan buat masa ini, pusat perubatan telah membenarkan dia pulang ke JDT untuk menjalani sesi pemulihan dengan sasaran untuk kembali cergas untuk kem latihan Oktober nanti."