Keputusan dua aksi persahabatan antarabangsa di bumi China memberikan petanda positif buat Harimau Malaya mencipta sejarah baru berada dalam kelompok 100 teratas ranking dunia.
Ia juga bagi menghadapi misi sebenar Piala Asia 2023 dan pengendali negara, Kim Pan-gon mendedahkan situasi itu didorong mentaliti tidak takut anak buahnya kini.
"Ia adalah perlawanan yang sangat bagus menentang pasukan China yang lebih kuat dan berada di peringkat tinggi, kami juga banyak belajar daripada perlawanan ini. Saya sangat berbangga dengan semua pemain, apa yang mereka lakukan malam ini (malam tadi) sungguh membanggakan rakyat Malaysia (dan) ia harus dihormati.
"Sebagai jurulatih, saya tiada aduan, apa yang mereka lakukan adalah hebat. Bagi pasukan kami, ia adalah keputusan yang sangat baik,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Phoenix Hill di Chengdu.
"Menang atau kalah itu tidak penting, prestasi kami adalah yang paling penting. Sasaran kita sudah ada, kita cuba mencipta satu lagi sejarah untuk berusaha berada pada ranking lebih tinggi pada masa hadapan,” katanya.
Sementara itu, kelibat Faisal Halim menjadi tumpuan sejurus perlawanan tamat.
Menerima tepukan gemuruh oleh penyokong China, pemain yang mesra disapa 'Miki' itu mengakui gol berdepan China cukup bermakna buat dirinya.