Penyerang skuad bola sepak negara, Darren Lok, mengakui sedikit terkilan apabila gagal membantu Harimau Malaya melakar kemenangan ketika berdepan Syria.
Dalam perlawanan persahabatan di Stadium East-Town Football Park, Chengdu, China petang semalam, jaringan minit ke-85 oleh tonggak Sabah FC itu mengikat Syria 2-2 selepas Akhyar Rashid merapatkan defisit pada minit ke-51.
Syria terlebih dulu mendahului 2-0 hasil jaringan Mardik Mardikian pada minit ke-12 sebelum gol Yassin Samia (m-41) memastikan 'Qasioun Eagles kendalian Hector Cuper memimpin 2-0 separuh masa pertama.
“Ya, gembira apabila melihat pasukan bangkit daripada ketinggalan 0-2, malah saya rasa separuh masa kedua kami lebih jauh baik apabila mempunyai banyak peluang.
“Cuma saya sedikit terkilan kerana tidak dapat menang perlawanan tadi walaupun mencipta banyak peluang.
“Tapi keputusan 2-2 adalah keputusan yang baik untuk kami,” katanya yang menggantikan Paulo Josue dalam separuh masa kedua.
Dalam pada itu, Akhyar mengakui gembira selepas menjadi sebahagian daripada watak penting ketika Harimau Malaya melakukan kebangkitan tersebut.
“Syukur, Alhamdulillah dapat bangkit 2-2 dalam perlawanan ini. Harap kami dapat kekalkan momentum ini untuk perlawanan akan seterusnya.
“Pujian juga kepada rakan sepasukan yang menampilkan persembahan terbaik masing-masing sepanjang 90 minit perlawanan.
“Apatah lagi keputusan positif hadir selepas menghadirkan tentangan sengit kepada pasukan yang berada di ranking ke-94 dunia,” kata pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.
Kredit: Sinar Harian