The Bees menjadi satu-satunya wakil divisyen tertinggi itu dalam Indeks Permainan Adil yang diterbitkan awal pagi tadi.
Indeks ini melibatkan kesemua 92 kelab yang bersaing dalam kancah liga EPL dan EFL musim lalu berdasarkan prestasi masing-masing dalam sistem pemarkahan berdasarkan kemampanan kewangan, tadbir urus, penglibatan peminat dan piawaian kesaksamaan.
Fair Game yang berkempen untuk membawa pembaharuan dalam bola sepak percaya aspek kemampanan harus menjadi kriteria kepada pembahagian hak penyiaran.
Kelab Liga Dua (divisyen keempat), AFC Wimbledon, yang menduduki tempat teratas dalam Indeks Permainan Adil terbukti komited untuk tidak meletakkan status kewangan kelab dalam risiko.
Coming soon...
— Fair Game (@FairGameUK) July 10, 2023
The Fair Game Index.
Register NOW to be first to get the resultshttps://t.co/oL8S2YOqUm pic.twitter.com/adp5dg5DaO
Kelab itu menyasarkan untuk sentiasa berada di bawah nisbah gaji yang disyorkan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) iaitu sebanyak 70 peratus, menggilap bakat tempatan dan melibatkan diri dengan komuniti tempatan.
Kelab Liga Satu yang baru dinaikkan pangkat, Carlisle, menguasai tempat kedua disusuli Cambridge di tempat ketiga.
Begitupun, tiada kelab yang beraksi dalam Liga Kejuaraan musim lalu menduduki senarai 10 teratas.
Cambridge pula mendahului daripada segi indeks tadbir urus, manakala Lincoln mendahului piawaian kesaksamaan dan Exeter paling cemerlang apabila melibatkan peminat.