Skip to main content

Bola Sepak

Hamidin: TMJ tidak berminat jadi pengurus Harimau Malaya

hamindin2.jpg
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin, turut memberikan pengesahan di atas teka-teki samada benar mantan presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berminat untuk menjadi pengurus skuad negara.

Desas-desus itu tegas disangkal Hamidin yang mengesahkan Tunku Ismail lebih selesa membantu skuad negara tanpa dia menjadi sebahagian daripada skuad utama negara.

Hasil perbincangan membabitkan hamidin dan ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon tempoh hari berkisar kepada beberapa aspek penting dalam membentuk skuad yang lebih mantak bagi persediaan ke Piala Asia tahun depan.

"Dia mengatakan tidak berminat untuk memegang sebarang jawatan namun mahu membantu skuad kebangsaan dengan persiapan menghadapi Piala Asia tahun hadapan," kata Hamidin.

Tunku Ismail tidak asing lagi dalam bolasepak negara, selain menjadi pemilik Johor Darul Ta'zim, Tunku Ismail turut memegang jawatan sebagai penasihat presiden FAM hingga 2017 dan kemudian menjadi presiden FAM hingga 2018.

Advertisement

Must Watch Video