Skip to main content

Bola Sepak

Hamidin pilihan terbaik ganti Tunku Ismail -- Haresh

fam-kongres-ke-53.jpg
Berdasarkan pengalaman luas dua dekad dalam bola sepak negara, Setiausaha Agung, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, dilihat calon paling layak bagi menggantikan tempat bekas presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Penganalisis sukan negara, Haresh Deol, menjangkakan berdasarkan jumlah pemimpin bola sepak sedia ada di negara ini, tidak banyak pilihan buat FAM.

Dia melihat Hamidin adalah calon paling sesuai sementara waktu ini kerana telah bersama FAM selaku naib presiden sejak 2010 sebelum dilantik setiausaha agung pada 2013.

Bagaimanapun, Haresh mempersoalkan sejauh mana pengaruh Hamidin yang bukan datang daripada latar belakang kerabat diraja atau ahli politik dalam menarik penajaan.

"Untuk menjadi presiden FAM, mungkin Hamidin calon yang bagus. Dia mempunyai pengalaman dan urus tadbir dengan baik. 

"Kalau dia tidak bagus, masakan dia berada dalam FAM begitu lama tetapi sebagai presiden FAM agak merisaukan saya. 

"Kita sangat teruja dengan pengaruh kerana itulah barulah penaja akan datang," kata Haresh. 

Mengenai peletakan jawatan Tunku Ismail, dia tidak terkejut dengan tindakan baginda walaupun baru memegang tampuk kepimpinan FAM selama setahun.

"Kalau berdasarkan prestasi skuad kebangsaan, tiada satu kemenangan pun yang dicatatkan di bawah kepimpinannya, ia mencalarkan sedikit reputasinya. 

"Tetapi, tidak kira siapa pun yang dipilih sebagai presiden yang baru, kejayaan tidak boleh dibina dalam sehari," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video