Skip to main content

Bola Sepak

Hamidin paling sesuai -- Khairy

khairy-jamaluddin_2.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, menyifatkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, selaku calon terbaik dipilih presiden badan induk itu.

Menurut Khairy, sebagai individu yang berpengalaman, Hamidin sudah ‘masak’ dengan landskap bola sepak tempatan dan kebangsaan.

Mengakui ia sekadar pandangan peribadi, Khairy mengharapkan kemelut kepimpinan FAM dapat diatasi segera sambil menggesa ahli gabungan FAM mengadakan pemilihan baru secepat mungkin.

“Calon itu perlu ada pengalaman. Sejak saya menjadi timbalan presiden FAM, beliau banyak membantu melaksanakan dasar pembangunan bola sepak.

“Ini pandangan peribadi, saya lihat yang layak ialah (Datuk) Hamidin,” ujarnya.

Kerusi panas FAM kosong selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, meletak jawatan, Ahad lalu -- genap hanya setahun selepas menang tanpa bertanding jawatan itu.

Menolak namanya kembali dikaitkan dengan jawatan itu, Khairy menyarankan ahli gabungan FAM agar memilih calon terbaik untuk mengelak masalah di luar padang daripada terus berlanjutan.

“Mungkin barisan sedia ada mampu menjalankan tugas, jadi saya harap mereka dipilih kerana tidak mahu ketiadaan presiden terlalu lama,” tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video