Skip to main content

Bola Sepak

Hamann bidas tindakan Liverpool tawar kontrak baru kepada Klopp

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hamann-slams-liverpool-s-strange-klopp-renewal.jpg

Bekas pemain tengah Liverpool, Dietmar Hamann, membidas kelab itu kerana menganugerahkan Jurgen Klopp pembaharuankontrak selama enam tahun meskipun baru 12 bulan berada di Liverpool.

Klopp menggantikan Brendan Rodgers pada Oktober 2015 dan kemudian membawa Liverpool ke final Piala EFL dan Liga Europa sebelum tewas kepada Manchester City dan Sevilla.

Prestasi Liverpool dalam dua kejohanan tersebut menarik perhatian pengurusan kelab itu untuk menawarkan kontrak enam tahun selepas hanya sembilan bulan berada di Anfield.

Hamann berpendapat tindakan itu nyata berbaloi ketika Liverpool memulakan saingan musim ini dengan cukup mantap.

Malangnya, mereka hanya menang satu daripada 10 perlawanan dalam semua kejohanan sejak memasuki tahun 2017 dan daripada dilabel selaku pencabar kejuaraan, Liverpool kini sekadar merebut slot ke Liga Juara-Juara Eropah.

"Kamu tidak akan mendapat kestabilan dengan menawarkan kontrak enam tahun, sebaliknya dengan melakukan tugas yang baik ketika jendela perpindahan dibuka," Hamann memberitahu BBC. "Saya berasa hairan.

"Dia ada melakukan impak dan membangunkan beberapa pemain tetapi jika kamu melihat kepada fakta, purata mata dikutip langsung tidak menampakkan perbezaan ketika Liverpool dikendalikan Brendan Rodgers.

"Mereka tewas dalam dua final -- di mana kedua-duanya mereka sepatutnya menang -- tetapi kemudiannya pengurusan membuat keputusan untuk menawarkan lanjutan kontrak.

"Saya berharap dia akan kekal bagi tempoh enam tahun itu untuk menghadirkan kejayaan. 

"Tetapi jika kamu melihat kepada kedudukan mereka dalam liga, mereka merupakan antara pasukan pilihan lapan minggu yang lalu tetapi kini timbul persoalan sama ada mereka mampu melayakan diri ke Eropah musim depan.

Advertisement

"Saya tidak pasti sama ada Klopp mampu mengubah haluan pasukan ketika ini, tetapi mereka perlu berubah." 

Menariknya, pada 8 Oktober 2015, Hamann adalah antara individu yang melaungkan sokongan terhadap pelantikan Klopp.

Ketika itu, dia berkata kepada Irishexaminer: "Klopp merupakan calon tepat untuk membentuk pasukan yang mantap menggunakan pemain sedia ada sepertimana yang dia lakukan ketika bersama Borussia Dortmund.

"Dia membentuk pemain seperti Nuri Sahin, Shinji Kagawa dan Mario Goetze untuk menjadi pemain bertaraf dunia."

Must Watch Video