Pertahanan Kelantan United, Hafiy Haikal Ismail, tidak berselindung dengan situasi yang menjadi titik tolak kekalahan 1-4 pasukannya di tangan Terengganu FC, malam tadi.
Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) II itu terlibat dalam insiden sepakan penalti yang disempurnakan Ivan Mamut pada minit ke-29 tatkala kebangkitan di tempat sendiri, namun segalanya tidak menjadi apabila pelawat menokok tiga lagi jaringan.
"Sepakan penalti itu sedikit sebanyak itu agak menjejaskan Kelantan United.
"Kami sudah cuba yang terbaik tetapi rezeki tidak menyebelahi kami.
"Saya mengakui sepakan penalti itu adalah disebabkan kesilapan sendiri.
"Saya sendiri memang kecewa tapi saya mahu bersangka baik untuk lebih maju ke depan," katanya selepas perlawanan.