Penyerang skuad B-18 negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak, menyahut cabaran pengendali, Bojan Hodak, untuk tampil dengan usaha berganda bagi mencerahkan peluangnya berada dalam skuad akhir ke Kejohanan Piala Sanix di Fukuoka, Jepun, dari 15 hingga 18 Mac ini.
Hadi Fayyadh merupakan pemain kedua yang melaporkan diri untuk menjalani latihan pusat skuad B-18 di Wisma FAM hari ini.
Sehubungan itu, dia enggan mengambil mudah cabaran merebut tempat kerana menyedari setiap pemain berusaha keras sungguhpun mempamerkan potensi dalam kelayakan Kejohanan AFC B-19 di Korea Selatan dan ketika muncul naib juara Piala Negara-Negara, dua tahun lalu.
"Hanya Bojan yang akan memastikan kedudukan pemain, sama ada dia nampak ada pemain yang lebih bagus daripada saya, itu terpulang kepadanya.
"Bahagian saya pula, saya akan memberikan yang terbaik untuk menjadikan pasukan lebih bagus," katanya.
Begitupun, Hadi Fayyadh yang membarisi jentera serangan Johor Darul Ta'zim (JDT) II dalam Liga Perdana musim ini perlu membuktikan kecergasannya terlebih dahulu.
"Kecederaan pergelangan kaki saya semakin pulih, cuma saya memerlukan aksi untuk mengembalikan sentuhan penyudah.
"Ramai pemain yang mempunyai potensi besar, insya-Allah kami akan membuat persiapan yang bagus dan mencukupi untuk menghadapi Kejohanan AFC B-19 (di Jakarta) nanti, saya harap kami mampu mara sejauh yang mungkin," katanya.