Penyerang sensasi Norway, Erling Haaland terus membuktikan statusnya sebagai penjaring terbanyak paling prolifik generasi ini apabila berjaya menyamai rekod dunia yang sebelum ini hanya menjadi milik legenda Malaysia, Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat.
Dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 yang menyaksikan Norway menewaskan Itali 4-1, Haaland meledak dua gol sekali gus mengesahkan tiket negara itu ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1998.
Advertisement
Namun lebih manis, jaringan tersebut menandakan Haaland kini menjaringkan gol dalam 11 perlawanan antarabangsa berturut-turut dan menyamai rekod yang telah berusia lebih 60 tahun.
? #Haaland has scored in 10 consecutive games for Norway — only the 4th player since 1960 to do it.
— Mbappe vs Haaland vs Vinicius (@MHVstats) November 16, 2025
The very few who have ever done it:
• ?? Haaland — 2025
• ?? Aymen Hussein — 2024
• ?? Jan Koller — 1999–2000
• ?? Abdul Ghani Minhat — 1961–62 (World Record: 11)#WCQ2026 pic.twitter.com/PpIjqDXQ6Q
Rekod berkenaan sebelum ini dipegang oleh penyerang berbisa Harimau Malaya, Abdul Ghani yang menjaringkan gol dalam 11 perlawanan berturut-turut antara 28 Mei 1961 hingga 28 Ogos 1962.
Rekod itu turut disahkan oleh Persekutuan Antarabangsa Sejarah & Statistik Bola Sepak (IFFHS).
Haaland memulakan rentak jaringannya sejak 14 November 2024 ketika membantu Norway menewaskan Slovenia 4-1.
Menariknya, Norway menang dalam kesemua 11 perlawanan sepanjang siri tersebut, sementara satu-satunya perlawanan yang memutuskan rentak konsisten tersebut itu adalah aksi persahabatan menentang New Zealand yang tidak disertai Haaland.
Bintang Manchester City itu kini berada pada tahap permainan luar biasa, memecah pelbagai rekod Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara bersama kelabnya sebelum mengukuhkan reputasinya di pentas antarabangsa.
Sebagai perbandingan, Cristiano Ronaldo hanya mencatat rekod peribadi enam perlawanan berturut-turut menjaringkan gol yang dilakukan sebanyak dua kali dalam kariernya.
Lionel Messi pula pernah mencatat lapan perlawanan berturut-turut antara Disember 2022 hingga September 2023. -- Sinar Harian
