Legenda Real Madrid, Guti, mahu melihat Neymar menyertai Cristiano Ronaldo bersama juara Eropah itu.
Neymar meninggalkan Barcelona untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dengan rekod dunia €222 juta (RM1.08 bilion), Ogos tahun lalu, namun pemain antarabangsa Brazil itu sudah dikaitkan dengan Madrid.
Bagaimanapun, terdapat cadangan yang mengatakan Ronaldo mahu meninggalkan Santiago Bernabeu setelah sembilan musim.
Begitupun, Guti -- jurulatih belia Madrid -- tidak pasti sama ada dia mahu melihat Neymar menggantikan Ronaldo atau kedua-duanya beraksi dalam pasukan yang sama.
"Neymar adalah pemain yang berbeza, dia antara tiga pemain terbaik di dunia.
"Apa yang kita gemari adalah melihat yang terbaik di dunia," kata pemenang Liga Juara-Juara (UCL) sebanyak tiga kali itu kepada Radio Marca.
"Jika kosnya ialah menggadaikan Cristiano di Real Madrid, anda perlu memikirkannya.
"Apapun, saya ingin melihat Neymar dengan Ronaldo dalam seragam warna putih," katanya.
Neymar telah menjaringkan 28 gol dalam 27 perlawanan musim ini dan akan bersama-sama PSG berkunjung ke Madrid untuk aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara.